PAK SYED DESSERTS

Allahyarham Syed Azizan atau Pak Syed merupakan pengasas kepada Pak Syed Desserts. Beliau telah menajalankan perniagaan ini dari tahun 1998. Selepas pemergian beliau, legasi Pak Syed Desserts kini diteruskan oleh anak serta cucu beliau sehingga ke hari ini.

.

Pada awalnya, hanya ada 2 produk sahaja yang di jual iaitu Dadih Susu Original dan Puding Karamel. Kemudian di tambah menjadi 6 produk pada masa kini. 6 produk yang kami tawarkan sekarang di antaranya ialah :

1) Dadih Susu Original

2) Dadih Coklat Original

3) Dadih Nescafe Original

4) Dadih Strawberry Original

5) Puding Karamel

6) Jelly Custard

.

Kebiasaannya produk Pak Syed Desserts ini dijual hanya pada Bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan dan di bulan lain kami hanya menerima tempahan dari pelanggan, tidak dijual di mana-mana kedai atau tempat lain. Disebabkan atas permintaan yang terlalu hebat dari pelanggan kami keluarga Pak Syed mengambil keputusan untuk membesarkan perniagaan ini supaya lebih ramai dapat merasa produk sedap dan lazat dari Pak Syed Desserts ini. Kami membina website ini supaya orang diluar sana tahu kewujudan produk kami ini dan membantu kami menyebarkan tentang keenakan produk kami ini.

Kedai kami sekarang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang Selangor Darul Ehsan. Kebanyakan orang dikawasan Ampang sudah mengenali produk kami, lagi-lagi yang berada di Taman Bukit Indah. Kebanyakan mereka tahu tentang kewujudan produk kami ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya, lalu mereka menunggu sehingga ke bulan puasa untuk mendapatkannya. Sekarang tidak perlu risau lagi disebabkan kami sudah ada gerai yang menjual produk Pak Syed Desserts yang dibuka setiap hari untuk keselesaan pelanggan-pelanggan kami.

.

Produk Pak Syed Desserts yang menggunakan resipi turun temurun yang tidak pernah anda rasa dan jumpa lagi setakat ini. Ini merupakan resipi yang diilhamkan sendiri oleh Pak Syed . Dengan rasanya yang enak dan lazat membuatkan anda akan lebih jatuh cinta dengan produk ini.

.

Kami di Pak Syed Desserts menerima pelbagai tempahan diantaranya Majlis Perkhawinan, Rumah Terbuka, Birthday Party dan lain-lain dengan tiada had untuk tempahan, seberapa banyak anda mahu kami buatkan. Produk-Produk yang kami tawarkan tidak ada ragu-ragu kerana 100% dijamin Halal. 

.

Kami juga menyediakan perkhidmatan COD, tetapi buat masa ini kami hanya boleh menghantar di area Ampang, Kuala Lumpur & Selangor dengan harga yang berpatutan.

.

Kami juga ada di platform Grab Food Food Panda & Shopee Food. Hanya search ” Pak Syed Desserts “

Untuk Sebarang pertanyaan/tempahan boleh hubungi :

Pak Syed- 016-9004278

Follow kami Di:
Facebook : Pak Syed Desserts HQ

Instagram : paksyeddessertshq

E-mail : paksyeddeserts@gmail.com

Website : https://paksyeddesserts.com/